malaynews1. Powered by Blogger.

AWESOME Perempuan berusia 55 tahun, 'Dating' dengan 75 lelaki di 22 buah Negara untuk mencari 'Mr. Right'.




Melbourne - Demi mencari 'Mr. Right' seorang wanita mengembara ke 22 buah negara dan keluar berdating dengan 75 lelaki selama tiga bulan. Semuanya adalah demi misi mencari lelaki yg sesuai iaitu 'The One'.



Bagi Bambi Smyth, 55, sepanjang pengembaraan ke seluruh dunia itu, dia bertemu lelaki melalui 'blind date'.



Antara lelaki yg ditemuinya adalah putera raja Itali, gigolo dan paderi. 








"Saya ingin mengenali ramai lelaki namun ada kalanya saya hanya mempunyai masa sehari di sesebuah negara jadi saya hanya bertemu dengan dua atau tiga lelaki sahaja.



"Ia agak sukar namun menarik", Katanya dengan lelaki ke-75 yg ditemuinya berasal dari Itali dan dikenali sebagai Stefani sebagai lelaki yg berada di kedudukan teratas dalam misi mencari Mr. Right.



"Stefano merupakan lelaki yg paling menakjubkan yg pernah saya temui. Dia seorang arkitek dan baik hati, menarik serta amat memahami," katanya.



Smyth memutuskan untuk menggabungkan pencarian Mr Right beliau untuk cinta dengan mendapat kefahaman tentang perbezaan budaya yg terlibat semasa dalam dating dia. Smyth akan merekodkan pengembaraan beliau pada buku barunya bertajuk "Men On The Menu".



Sebelum meninggalkan Melbourne, Smyth menghubungi setiap orang yg dikenalinya melalui e-mel memberitahu mereka bahawa beliau menulis sebuah buku tentang makanan dan lelaki dan mencari Mr. Right untuk dating di pelbagai negara. 



Beliau berkata, mereka harus 'seelok-eloknya single dan berusia sekitar antara 25 hingga 55 tahun.



Bagaimanapun ujarnya sepanjang pengembaraanya itu, ia bukan sesuatu yg mudah, seperti yg dijangkakannya.



"Ada seorang lelaki di Hungary yg menawarkan untuk memasak makan malam di apartment yg kecil.



"Ketika dia sedang memotong ayam, dia memberitahu saya bahawa saya sesuai menjadi pembunuh upahan kerana saya pandai memotong ayam dengan kemas dan bersih.



"Ketika itu saya menggeletar kerana takut dan hanya Tuhan yg mengetahui perasaan itu," katanya. 



Meskipun Smyth masih belum bertemu pasangan hidupnya, tetapi dia tidak menyesal mengembara ke seluruh dunia dan bertemu 75 lelaki.





 
0 Komentar untuk "AWESOME Perempuan berusia 55 tahun, 'Dating' dengan 75 lelaki di 22 buah Negara untuk mencari 'Mr. Right'."
Back To Top